KALAU SOLAT ITU SEPERTI ANAK
Seandainya anugerah anak itu dapat diterjemahkan kepada solat, maka solat juga seperti anak — perlu dijaga, ditatap, dirindui, dan dibelai dengan sepenuh cinta.
Kita tidak pernah berkira bila menjaga anak. Tak cukup tidur pun tak mengapa, asal anak lena. Tak cukup duit pun tak mengapa, asal anak bahagia. Segalanya sanggup, walau letih dan payah.
Tapi pernahkah kita bertanya pada diri sendiri... Adakah kita menjaga solat seperti kita menjaga anak? Pernahkah kita merasa kehilangan bila terlewat menunaikannya, seperti mana kita panik bila anak hilang dari pandangan?
Solat itu juga satu anugerah.
Tempat kita mengadu, tempat kita kembali tenang, tempat kita dipeluk Tuhan — walau tak terlihat, tapi terasa. Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Ibnu Abbas:
"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu..." (Riwayat al-Tirmizi)
Jagalah solatmu…
Sebagaimana engkau menjaga yang paling kau sayang. Kerana di situlah Tuhan sedang menjaga hatimu, sedang membalut jiwamu yang mungkin kau sendiri tak tahu sedang luka. Semoga setiap kali kita melangkah untuk bersujud, kita sedar bahawa itu bukan beban, tapi hadiah paling agung dari langit.
Seperti kata Syeikh Dr. Salman al-Oadah:
“Apabila kamu benar-benar memahami solat, kamu akan menjaganya sebagaimana kamu menjaga nyawa orang yang kamu sayangi.”
✨ Solat itu bukan tuntutan…
Solat itu kasih sayang yang turun dari Tuhan. Jagalah ia… dan kita akan rasa dijaga.



Comments
Post a Comment