KETENANGAN YANG DITELAN ARUS DIGITAL
Zara, seperti ramai orang lain, terperangkap dalam dunia media sosial yang serba cepat. Pada mulanya, dia hanya mahu berseronok, berkongsi gambar dan cerita hidupnya. Namun, lama-kelamaan, bilangan “like” dan “followers” menjadi ukuran kebahagiaannya. Setiap notifikasi memberinya kepuasan sementara, tetapi di sebalik itu, dia semakin kehilangan ketenangan.
Di balik wajah senyum di gambar, Zara berasa tertekan dengan komen-komen negatif yang dia terima. Walaupun ramai yang menyokong, kritikan yang menyakitkan hatinya paling kuat menghantui. Tekanan untuk terus relevan dan sempurna di mata orang ramai semakin terbeban, sehinggakan dia mulai rasa hilang diri.
Kehidupan kini, bukan hanya untuk Zara tetapi juga ramai masyarakat moden, seolah-olah berkisar pada pengiktirafan maya. Orang mengejar “like” dan perhatian, namun di sebalik itu, ramai yang merasa semakin tertekan dan kehilangan ketenangan sebenar. Apa yang kononnya menjadi jalan untuk mencari kebahagiaan sebenarnya penuh dengan tekanan dan ketidakpastian.
Zara akhirnya membuat keputusan besar, memadamkan akaun media sosialnya. Pada mulanya, dia rasa takut dan bimbang akan dilupakan. Namun, perlahan-lahan, dia merasakan sesuatu yang hilang telah kembali iaitu ketenangan. Tanpa tekanan untuk menjadi sempurna di mata orang lain, Zara mula menikmati hidupnya dalam erti kata sebenar.
Kisah Zara mencerminkan realiti ramai orang hari ini. Ketenangan hakiki bukanlah sesuatu yang boleh diburu di dunia maya, tetapi sesuatu yang hanya dapat dijumpai apabila kita melepaskan diri daripada keperluan untuk disukai dan mula menerima diri sendiri dengan seadanya.



Comments
Post a Comment