CABARAN KOMUNIKASI DUA NEGARA

Usaha dakwah dalam mengembalikan syiar agama bukanlah sesuatu yang mudah, terutama apabila berurusan dengan dua negara yang mempunyai bahasa yang berbeza. Situasi akan lebih menyukarkan apabila bahasa utama dunia iaitu bahasa inggeris tidak dapat digunakan untuk dijadikan bahasa perantara dalam komunikasi.

Walaupun begitu, ianya bukanlah menjadi penghalang utama, kemudahan teknologi masa kini sedikit sebanyak ianya sangat membantu. Kita sendiri juga maklum bagaimana suatu ketika dahulu usaha sahabat-sahabat dalam menyebarkan agama dengan mengharungi negara dengan kepelbagaian budaya, etnik dan bahasa tidak menjadikan ianya penghalang untuk Islam terus tersebar keseluruh dunia.

Begitulah keadaannya apabila kami dalam proses membantu Sekolah Islam Anuban Wangthong di Krabi Thailand dalam menambah baik sistem pendidikan diniah mereka. Masalah bahasa menjadi cabaran juga, mujur mudirnya Ustaz Imron pernah menuntut di KUIS dan fasih berbahasa Melayu, beliaulah yang menjadi jurubahasa sebagai pemudahcara dalam urusan yang berkaitan. 

Alhamdulillah, saya dapat mengenali Encik Nizam dari GPM dan Puan Ariani orang Malaysia yang fasih dalam bahasa siam, sangat membantu dalam usaha ini. 

Baru-baru ini seramai 11 orang warga pendidik sekolah tersebut telah hadir ke Malaysia menghadiri Program Bimbingan Pendidikan Al Hikmah sesi 2 pada 17-19 April 2024 yang dianjurkan oleh Kolej Dar Al Hikmah. Semoga segala ilmu yang diperolehi ketika berprogram disini dapat dimanfaatkan ketika balik kesana nanti. 

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang dan sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak sehingga program berjaya dilaksanakan. Semoga ianya menjadi amal kebajikan yang tidak putus-putus hingga akhirat, amin. 









Comments

Popular Posts