Pada Julai 2000, kem Angkatan Tentera Malaysia telah diceroboh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai pegawai tertinggi tentera. Rompakan senjata yang dilakukan oleh mereka ala Mission Imposible itu telah berjaya membawa keluar senjata berat pelbagai guna dan ribuan peluru serta bom tanpa sebarang pertumpahan darah malah mendapat kerjasama dari anggota tentera di kem.

Apabila kembali kumpulan ini di tempat persembunyian mereka di Bukit Jenalik, ketua kumpulan telah mengarahkan ahlinya mengeluarkan semua senjata untuk disusun di atas kanvas. Dengan menggunakan senjata GPMG ketua telah melepaskan tembakan ke arah bukit, tembakan yang mengejutkan ahli-ahli kumpulan yg lain sedang tidur, yang tidak turut serta mengambil senjata di kem. Dengan lantang ketua mengarahkan semua ahli kumpulan yg berada di sekitar, berkumpul. Dalam masa sama dia mengambil selaras M16 dan terus melepaskan tembakan ke udara sambil melaungkan,

“Ana istihar jihad, kita tentang kerajaan!”


Laungan jihad, ucapan dari lidah ketua benar-benar mengejutkan, membuatkan degupan jantung bagaikan terhenti. Apakah semua ini? Latihan dengan tentera atau bagaimana? Kursus apakah ini?

“Khairul, macam mana boleh dapat senjata yang banyak ni?” tanya Sabri.

“Ambil di kem tentera,” jawab Khairul ringkas.

“Untuk apa?” tanyanya lagi. Kali ini Khairul hanya mampu mengangkat bahu sahaja, tidak tahu memberikan jawapan kerana diri masih keliru dengan apa yang terjadi.

“Sabri, kenapa anta libatkan kami dengan senjata. Anta kata ini kursus kerohanian?” tanya Pakcik Yunus kepada Sabri. Seperti semua orang, dia juga mahukan kepastian.

“Ana pun tak tahu, kalau ana tahu dari awal memang tak datang!” jawab Sabri. 

Itulah antara babak bermulanya sebuah mimpi ngeri sebuah kumpulan persilatan al Maunah yang telah menjerat mereka di bawah seksyen 121 - Mengistiharkan perang terhadap yang di Pertuan Agong.



Kisah terperinci kisah sebenar boleh dibaca didalam buku ALMAUNAH - SYAHID ITU MAHAL HARGANYA. Untuk memilikinya boleh klik link dibawah;

https://shopee.com.my/product/84313197/20457633129?smtt=0.84314674-1668217770.3



Comments

Popular Posts